Menjelang kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Disember depan. 

Selepas mendengar pelbagai kritikan dan sindiran terhadap mutu permainan skuad negara, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya tampil membuka mulut mempertahankan anak-anak buahnya. 

Menurut Cheng Hoe, kritikan itu dibuat tanpa asas yang kukuh kerana ia membandingkan kualiti pemain Malaysia dengan pemain-pemain yang beraksi dalam liga Eropah seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.

Selepas mencatat satu kemenangan daripada tujuh perlawanan musim ini, prestasi skuad Harimau Malaya menjadi topik hangat peminat bola sepak tanah air termasuk para pemerhati serta pengkritik sukan tempatan. 

Antara elemen yang hebat dipersoalkan adalah pemilihan pemain dan taktikal pasukan dengan beberapa pihak berpendapat pengendali berusia 53 tahun itu perlu memberi nafas baharu dengan mengubah formasi skuad yang digunakan.

 Bagaimanapun, Cheng Hoe menjelaskan, cadangan tersebut perlu dilihat daripada sudut kualiti yang ada pada pemain di posisi tertentu. 

Tambahnya, pandangan itu juga dibuat berdasarkan pemerhatian mereka yang sering menonton perlawanan di EPL, Serie A dan La Liga. 

Pada kempen Piala AFF 2020 Disember nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Laos, Indonesia dan juara edisi 2018 Vietnam. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini