Skuad negara tersingkir dari Kejuaraan Piala AFF Bawah 23. Ini selepas mereka tewas 0-2 kepada di tangan Laos pada perlawanan kedua kumpulan B.

Tewas 1-2 kepada lawan sama pada aksi pertama, Jumaat lalu, skuad Harimau Muda memerlukan sekurang-kuranganya kemenangan 2-0 malam ini untuk menjuarai Kumpulan B dan mara ke separuh akhir.

Namun, dua kekalahan berturutt-turut memberi laluan kepada Laos ke peringkat setersunya. Gawang skuad negara terlebih dahulu dibolosi pada minit ke-43 menerusi sepakan percuma ketua pasukan Laos, Boun-pachan Boun-kong.

Walaupun mendominasi permainan dan banyak melakukan percubaan pada babak kedua, namun tumpul dibahagian serangan. Laos berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-86 menerusi Souksakhone Boua-phaivanh dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Malaysia sebelum ini diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan B susulan penarikan diri Indonesia dan Myanmar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini