Skuad hoki remaja negara menamatkan kempen Piala Dunia Remaja 2021 di Bhubaneswar, India dengan menghuni tempat kelapan daripada 16 pasukan keseluruhan.

Ia selepas skuad kendalian Wallace Tan itu tewas 1-4 di tangan Sepanyol dalam aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan petang tadi.

Dalam perlawanan itu, Malaysia mula mendahului menerusi kapten pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit keempat, namun Sepanyol menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian menerusi Eduard de Ignasio Simo.

Keputusan itu kekal sehingga babak pertama berakhir. Di babak kedua, Sepanyol dilihat bangkit dengan prestasi lebih hebat untuk terus menguasai permainan. Mereka berjaya meledak gol menerusi pukulan sudut penalti Pau Cunill pada minit ke-49 untuk kedudukan 2-1.

Jaringan pukulan sudut penalti oleh Pepe Cunill pada minit ke-55 pula mengukuhkan kelebihan Sepanyol sebelum Pau sekali lagi meledak gol selang tiga minit kemudian, sekali gus memuktamadkan kemenangan bergaya 4-1. Selepas ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kempen Piala Dunia Remaja Lelaki edisi 2023.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini