Skuad Hoki Projek Khas Wanita negara mendapat pengiktirafan khas daripada Persekutuan Hoki Asia (AHF).

Anugerah tersebut sekali gus bakal menjadi pembakar semangat untuk mengharungi kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita (ACT) di Donghae, Korea Selatan ketika ini.

Menurut kenyataan AHF, pengiktirafan itu sebagai penghormatan kepada Malaysian Tigress menyertai kejohanan berkenaan biarpun tidak dibenarkan beraksi dalam dua perlawanan awal menentang China dan India.

Keputusan itu selepas salah seorang pemain negara, Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif COVID-19.

Malaysia dijadual menentang Jepun pada perlawanan ketiga pada esok, diikuti Korea Selatan pada Khamis dan Thailand, 11 Disember ini. Pencapaian terbaik skuad negara adalah meraih tempat ketiga pada edisi 2013.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini