Skuad tenpin boling wanita negara muncul Naib Juara bagi acara berpasukan Kejohanan Boling Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa, IBF di Dubai, Emiriah Arab Bersatu UAE.

Mereka tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat menerusi penentuan roll-off selepas keputusan yang terikat. 

Skuad negara dibarisi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Mohamed Roslan, Nur Syazwani Sahar dan Faten Najihah Ahmad Faik.

Manakala skuad lelaki meraih tempat ketiga, selepas tewas 184-299 berdepan Korea Selatan di aksi semi final bagi acara berpasukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini