Skuad Uniti di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersedia memainkan peranan sebagai pasukan hadapan menghadapi sebarang situasi bencana seperti banjir. Ia menggunakan khidmat pasukan ‘Bantu Mula’ di Kawasan Rukun Tetangga, jika diperlukan.

Ketua Pengarahnya, Abdul Halim Hasan berkata, pasukan tersebut akan membantu agensi berwajib memindahkan penduduk terjejas banjir selain bertindak menyalurkan maklumat pada setiap masa. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penghargaan kepada 457 Sukarelawan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini