Skuad Uniti dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersedia memainkan peranan sebagai pasukan hadapan menghadapi sebarang situasi bencana seperti banjir.

Ketua Pengarahnya, Abdul Halim Hasan berkata, menerusi khidmat pasukan ‘bantu mula’ di kawasan rukun tetangga, KRT di seluruh negeri, akan membantu agensi-agensi berwajib memindahkan penduduk terjejas.

Selain bertindak menyalurkan maklumat setiap masa, pasukan berkenaan juga melakukan segala kerja berkaitan peringkat awal di Pusat Pemindahan Sementara-PPS. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penghargaan Sukarelawan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti-MOVAK, di Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini