Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021.

Malaysia hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran JUARA berganda apabila mara ke pentas akhir.

Skuad lelaki dan wanita negara masing-masing berjaya menumpaskan Jepun pada aksi separuh akhir semalam.

Pada aksi di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil itu, pasukan lelaki menampilkan aksi cemerlang dengan kemenangan 2-0 menerusi Ivan Yuen dan Ng Yean Yow dan akan berhadapan India dalam aksi final hari ini.

Skuad wanita negara pula yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Jepun akan bertemu Hong Kong

Mata Malaysia disumbangkan Aifa Azman dan Ainaa Amani manakala Rachel Arnold tumpas kepada lawannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini