Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.

Pasukan lelaki turut cemerlang apabila menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 tahun mengatasi India. Dalam saingan wanita, Malaysia menewaskan juara bertahan HOng KOng 2-1 dengan Rachel Arnold memberikan mata pertama, membenam Liu Tsze Ling 11-6, 8-11, 11-7, 11-2.

Hong Kong kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada perlawanan kedua apabila Tong Tsz Wing mengatasi Noor Ainaa Amani Ampandi 11-8, 11-6, 6-11, 11-9.

Malaysia bagaimanapun, mengesahkan kejuaraan apabila juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman mudah menundukkan Ho Tze Lok, 11-4, 11-3, 11-6.

Sementara itu, skuad lelaki mengatasi India 2-1 pada satu lagi aksi final.

Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow menang mudah menewaskan juara Terbuka Malaysia Saurav Ghosal 12-10, 11-4, 11-8 pada perlawanan pertama.

Namun India menyamakan kedudukan menerusi Mahesh Mangonkar yang menewaskan Mohammad Syafiq Mohd Kamal 11-9, 11- 7, 11-8.

Pada aksi penentuan, Ivan Yuen memastikan kejuaraan milik Malaysia selepas menewaskan Ramit Tandon 11-8, 8-11, 11-3, 11-1.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini