Dua tahun tertunda akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021 kini kembali.

Sandaran utama bagi kategori lelaki lelaki dan wanita Negara terletak di bahu penyandang juara edisi 2019, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold.

Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro berkata, edisi kali ini pasti lebih sengit dengan penyertaan 24 pasukan termasuk Mesir, German, Switzerland, Hong Kong dan India.

Ng Eain Yow yang menghuni ranking ke-18 dunia diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan di belakang pemain diranking ke-12 dunia Colombia, Miguel Rodriquez dan pemain ke-15 dunia, Saurav Ghosal dari India.

Jelasnya lagi, kejohanan ini akan menggunakan modul gelembung sukan, dengan setiap pemain dan pegawai hanya dibenarkan ke venue perlawanan dan tempat penginapan.

Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021 akan berlangsung di Pusat Squash Kebangsaan, Bukit Jalil pada 23 hingga 27 November ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini