Pelancaran skuter elektrik buatan tempatan yang dikuasakan oleh bateri berstruktur nano membuktikan komitmen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050 tercapai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kementeriannya percaya motosikal diberi nama Eclimo ES-11 (sebelas) itu dapat membantu usaha negara menyertai industri kenderaan elektrik (EV) yang bernilai berbilion ringgit untuk membantu memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.

MOSTI juga dalam perancangan menyediakan ES-11 sebagai mod pengangkutan dalam bandar melalui proses sewaan seperti sistem aplikasi BEAM dan TRYKE.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini