SMTrack Bhd menafikan dakwaan terlibat dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio, RFID untuk plaza tol di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Azmi Osman menyifatkan, dakwaan itu merupakan satu propaganda politik tidak bertanggungjawab.

SMTrack akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu, bagi melindungi integriti syarikat.

Dalam satu kenyataan jelasnya, syarikat turut menyangkal dakwaan bahawa pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat itu adalah berkaitan dengan hubungan politik.

Ia juga tidak melibatkan Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebarang tindakan melobi untuk mana-mana projek walaupun beliau adalah pemegang saham utamanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini