Selepas tahun 2021 yang penuh gemilang, pelari menara negara, Soh Wai Ching mahu terus ‘menakluk’ bangunan-bangunan ikonik di dunia.

Antaranya, keinginan untuk melakar rekod baharu di menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai.

Sepanjang musim lalu, Wai Ching melakar pencapaian membanggakan dengan 10 kejuaraaan daripada 13 kejohanan yang disertai.


Antara sasaran lainnya untuk 2022 adalah menawan menara kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118.

Wai Ching juga merupakan pelari menara dari Asia yang pertama menjuarai Empire State Building Run-Up di Amerika Syarikat pada Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini