Pelari menara nombor 1 negara, Soh Wai Ching sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas dunia apabila mengungguli acara Larian Empire State Building Run-up 2021 di Manhattan, Amerika Syarikat hari ini.

Wai Ching yang beraksi dalam kategori elit lelaki, memenangi larian pendakian 1,576 anak tangga setinggi 86 tingkat itu; dengan catatan 10 minit 47 saat.

Menurut Wai Ching, pengorbanannya meninggalkan Malaysia selama dua bulan untuk menjalani latihan membuahkan hasil.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membantu persiapannya di Dubai.

Sebagai juara, Wai Ching menerima wang bernilai 100,000 dolar Amerika yang akan didermakan kepada badan amal pilihannya.

Pada tahun lalu, acara ini terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini