Menyokong kelangsungan ekonomi rakyat, juga sektor perniagaan menjadi keutamaan Kementerian Kewangan menerusi aspirasi 100 hari Keluarga Malaysia.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih sejuta rakyat telah mendapat manfaat menerusi pelbagai pakej bantuan tunai, geran dan subsidi.

Ia termasuk Bantuan Prihatin Rakyat, BPR, Bantuan Khas Covid-19, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP.

Tambahnya, Untuk tahun 2022 juga, Kementerian Kewangan akan menumpukan kesinambungan agenda menyokong pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, PMKS.

Sekali gus menjamin sektor pekerjaan, seperti dibentang dalam Bajet 2022.

Beliau menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini