Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menegaskan Malaysia kekal memberi sokongan  tidak berbelah bahagi dan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata, negara bersama masyarakat antarabangsa teguh dengan tujuan sama mencari jalan penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin.

Sempena Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin yang disambut pada
30 November setiap tahun, Datuk Saifuddin memaklumkan, agenda Palestin secara dua hala akan diteruskan menerusi penglibatan dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa.

Sokongan berterusan ini juga sebagai tanda mengiktiraf aspirasi generasi baharu aktivis Palestin ke arah merealisasikan hasrat rakyatnya ke arah  Palestin yang merdeka.

Beliau turut mengecam keganasan dan pencerobohan yang berulang terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini adalah kali ke-44 sejak diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini