Kelantan kembali membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musalla berkuatkuasa hari ini.

Ia susulan pelaksanaan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah jemaah adalah mengikut kapasiti ruang solat dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter.

Ini diumumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini