Masa depan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford masih belum selamat meskipun ahli lembaga pengarah Manchester United masih ‘kunci mulut’ susulan kekalahan memalukan 0-5 kepada seteru utama, Liverpool Ahad lalu.

Bagaimanapun, difahamkan kelab berkenaan telah pun menyenaraikan beberapa nama besar sebagai pengganti Solskjaer, sekali gus membayangkan bahawa pengendali dari Norway itu kini hanya menanti masa sahaja untuk disingkirkan United.

Meskipun United dilihat masih keberatan untuk memecat Solskjaer selepas menyambung kontraknya selama 3 tahun Julai lepas, kekalahan besar di tangan Liverpool masih tidak dapat diterima oleh pengurusan kelab berkenaan.

Media di England melaporkan The Red Devils telah menyenaraikan bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dan bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte sebagai pengganti Solskjaer.

Selain Zidane dan Conte, dua nama lain yang turut dikaitkan sebagai pengganti Solskjaer ialah pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dan jurulatih Ajax Amsterdam, Erik ten Hag.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini