Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam PRU DUN Melaka diyakini boleh diguna pakai di Sarawak.

Menyambut baik perkara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata pendekatan untuk berkempen menerusi media sosial pada PRU DUN Sarawak kelak disifatkan wajar dengan situasi semasa.

Datuk Dr. Abdul Rahman yang juga Pengerusi PBB Bukit Kota memberitahu, setakat ini, jenteranya kini bersiap sedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya kali ini dan optimis platform media sosial akan digunakan bagi tujuan itu.

Beliau menyatakan demikian selepas melawat pembinaan projek Lapangan Rekreasi Limbang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini