PRU DUN Melaka, menyaksikan kelainan khususnya pelaksanaan kempen yang perlu dilakukan mengikut SOP khas.

Larangan kempen secara fizikal seperti ceramah, jelajah mesra dan ziarah rumah ke rumah, memerlukan parti bertanding berfikir di ‘luar kotak’ bagi menyampaikan mesej dan memperkenalkan calon.

Walaupun, media sosial menjadi medium utama kempen, calon turut menggunakan kaedah lain memandangkan masih terdapat kawasan yang sukar mendapat akses internet.

SOP berkenaan bukan menyekat kebebasan berkempen, tetapi untuk memelihara kesejahteraan rakyat keseluruhan bagi memastikan PRU DUN Melaka tidak menjadi pencetus kluster COVID-19 yang baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini