Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khusus bagi Pilihanraya Umum Dewan
Undangan Negeri PRU DUN Sarawak ke-12 akan dimuktamad hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri
Sarawak telah diadakan pada tengah hari Khamis mengenai pelaksanaan SOP berkenaan.

Menurut Khairy lagi, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang telah ditugaskan
menyelaras perkara itu dengan kerajaan Sarawak.

Jelasnya lagi ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum SOP berkenaan diusulkan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRU DUN Sarawak.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember , manakala hari pengundian awal pada 14
Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini