Keputusan mengenai SOP yang akan digunakan bagi sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 3 Oktober akan dimuktamadkan, Khamis ini. Menteri Kesihatan – Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan mengenainya akan dibuat bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Kesepakatan yang diperoleh pada mesyuarat penyelarasan tersebut, kemudiannya akan dibentang kepada Majlis Keselamatan Negara, untuk tindakan selanjutnya. Beliau memaklumkannya selepas meninjau program vaksinasi COVID-19 kepada penduduk di Pulau Larapan, Semporna, Sabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini