Helah sindiket penyeludupan dadah menyembunyikan lebih 18 Kilogram dadah dipercayai syabu dalam tiub tayar basikal  sebelum dihantar kepada pembeli menggunakan syarikat kurier dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang.

Dadah dianggarkan bernilai 1.8 Juta ringgit itu dirampas dalam serbuan di sebuah syarikat kurier dekat Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworth.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Abdul Halim Ramli berkata, pihaknya menemukan 104 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah yang diletakkan di dalam tiub tayar basikal bagi mengaburi pihak berkuasa.
 
Kesemua 20 buah basikal itu diletakkan di dalam 10 buah kotak kononnya untuk dipasarkan ke salah sebuah negara di Ocenia.


 Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut erhubung penemuan dadah ini termasuk mencari mereka yang terlibat.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini