Thomas Pesquet antara empat angkasawan yang telah selamat kembali mendarat ke bumi selepas enam bulan SpaceX berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Angkasawan Perancis ini bersama dua angkasawan Amerika dan seorang warga Jepun berada di ISS sejak 24 April lalu.

Mereka menjalankan ratusan eksperimen selain membantu menarik taraf panel solar stesen berkenaan.

Menerusi siaran langsung Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), kapal angkasa digelar Dragon ini mendarat di luar pantai Florida, malam tadi.

Kapsul dengan jolokan Dragon itu mendarat di Teluk Mexico menggunakan empat payung terbang besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini