Bagi mengurangkan beban kewangan pembeli rumah di negara ini, platform carian rumah sewa, SPEEDHOME mengembangkan fokus mereka kepada perkhidmatan jual dan beli rumah tanpa sebarang komisen. Selain menjalankan perniagaan terasnya iaitu sewaan hartanah, Pengasas dan Ketua Eksekutif SPEEDHOME, Wong Whei Meng berkata, dengan penjenamaan semula perkhidmatan mereka, syarikat itu berharap dapat membantu orang ramai memiliki rumah dengan lebih mudah. Katanya, walaupun ada dalam kalangan ejen hartanah yang menganggap platform seperti ini mengganggu periuk nasi mereka, namun, Speedhome optimis usaha ini menyediakan pilihan lebih luas untuk pelanggan. Speedhome mensasarkan untuk meningkatkan senarai rumah sewa sehingga 40 ribu hingga 50 ribu unit menjelang akhir tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini