9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di Putrajaya memaklumkan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Manakala, 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran.

Sementara 88.09 peratus atau 336,630 daripada 407,097 calon yang mendaftar layak menerima sijil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini