Kesemua lima institusi pendidikan menengah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mencatat kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Institusi tersebut, Sekolah Menengah Agama SMA-MAIWP Kuala Lumpur dan Labuan, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Pondok Moden Al-‘Abaqirah dan Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al- Nabawiyyah.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP, Mohd Nizam Yahya, 4 daripada 249 pelajar memperoleh keputusan cemerlang dengan memperoleh 12A dan 15 pelajar mencatat keputusan 11A.
Manakala 20 pelajar mendapat 10A dan 14 memperoleh 9A.