Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya menyiapkan 48,316 unit kediaman di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2002.
 
Selain itu, sebanyak 6,606 permohonan berada di peringkat akhir penilaian sebelum kerja pembinaan kediaman dilakukan kontraktor dilantik SPNB.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, program RMR adalah antara inisiatif kerajaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan B40 memiliki kediaman sendiri. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Taklimat Kesedaran Permohonan Secara Dalam Talian RMR Parlimen Maran, di Maran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini