Lebih 27,500 unit Rumah Kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB, setakat ini. 1,968 unit sedang dalam pembinaan, manakala 1,841 lagi masih dalam peringkat perancangan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengumumkan, 47,745 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina, khusus untuk golongan B40.

Tahun ini, KPKT menjangkakan sebanyak 6,000 unit lagi bakal disediakan di seluruh negara. Menyentuh mengenai projek pembinaan rumah di Sarawak, Datuk Seri Reezal Merican berkata SPNB telah siap membina 4,878 unit rumah.

Ia termasuk 497 kediaman di bawah projek pemulihan rumah terbengkalai. Beliau menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Majlis Pecah Tanah Fasa 3 Projek Perumahan Rakyat Permyjaya, Miri.                      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini