Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 November di Kuching.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Mesyuarat antara lain bertujuan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN itu seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Kenyataannya menyebut satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu.

Yang di-Pertuan Agong pada 3 November berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.

Penamatan Proklamasi Darurat itu secara tidak langsung memberi laluan kepada PRU DUN Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lepas

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini