Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum status kekosongan luar jangka kerusi DUN N.47 Kempas Johor.
 
Ia berikutan penyandanganya, Dato Haji Osman Bin Haji Sapian telah meninggal dunia pada 21 Disember lalu. 

Menurut Setiausaha SPR, Dato Indera Ikmalrudin Ishak, pihaknya sedang menunggu pengesahan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor akan keperluan untuk mengisi kekosongan itu.
 
Ia sekaligus menentukan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dijalankan bagi kerusi DUN N.47 Kempas, Johor.
 
Tambahnya, di bawah Perkara 23(5) Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895, kekosongan sesuatu kekokosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh SPR kekosongan berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini