Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menerusi Akademi Pilihan Raya, APR telah menjalin kerjasama strategik bersama tujuh kementerian bagi melaksanakan Program Pendidikan Pengundi.

Kolaboratif itu bagi memberi kefahaman mengenai proses pilihan raya juga mempersiapkan golongan belia sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

APR juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial bagi memberikan penerangan lebih mudah dan ringkas mengenai proses pilihan raya melalui platform media sosial yang kini menjadi trend golongan belia

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini