Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor mula dijual di Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, semalam.

Menurut peruntukan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR dibenar menjual daftar pemilih termasuk Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 DPT BLN12/2021 dan Daftar Pemilih Induk 2021 secara salinan cetak dan soft copy.

Kenyataan SPR menyebut daftar pemilih softcopy boleh didapatkan dalam format Portable Document Format (PDF) atau format Microsoft Access Database (MDB).

Kemudahan semakan secara dalam talian di alamat tertera bagi pemilih berdaftar yang mempunyai akaun MySPR.

Tegas SPR, pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas berdasarkan maklumat diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

SPR menasihatkan bakal pengundi PRU Dewan Negeri Johor menyemak maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai semalam di pautan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini