Suruhanjaya Pilihanraya, SPR mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung penamatan Proklamasi Darurat Sarawak semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalruddin Ishak memaklumkan, ia telah diperkenan Yang Dipertuan Agong sebagaimana termaktub di bawah seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(Sarawak) 2021.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Ikmalruddin berkata, berdasarkan seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau di ungkaikan.

Di bawah Seksyen 3(4) ordinan sama menyatakan, satu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Justeru, SPR akan mengadakan mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihanraya tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini