Sebanyak lima bilik gerakan ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU, DUN Sarawak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menerusi kenyataan media memaklumkan kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung. Kelima-lima bilik gerakan berkenaan terletak di Pejabat SPRM Sarawak di Kuching serta Pejabat SPRM Cawangan Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e- mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini