Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri PRU DUN Melaka.

Ia bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Bilik gerakan itu beroperasi 24 jam di SPRM Melaka, Crystal Bay, Alai.

Menurut SPRM, selain hadir ke bilik gerakan, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah, melalui e-mel. 

SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding,agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini