Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM akan membuka kertas siasatan di bawah Akta SPRM 2009 terhadap penama-penama yang dikatakan telah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Penama-penama berkenaan disebut saksi ketika perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SPRM juga telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan. Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi SPRM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini