Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam fasa akhir melengkapkan siasatan melibatkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) didakwa terlibat dalam isu integriti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan telah 99% siap dan akan diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya, selain Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

SPRM dalam masa sama sedang menyiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat MARA Corporation (MARA Corp).

Pada 5 Februari lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada MARA, MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini