Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini.

Kenyataanya menyebut, SPRM telah memberi kerjasama penuh dengan pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguatkuasa itu lewat petang semalam.

SPRM juga tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.

Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini