SPRM tidak menerima sebarang aduan berhubung aktiviti rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung penyambungan rumah kos rendah di negara ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menasihati PBT untuk mengambil tindakan telus berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Media SPRM di Putrajaya.

Terdahulu, tular beberapa foto yang memaparkan rumah kos rendah membuat penyambungan yang tidak dibenarkan oleh PBT.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini