Rancangan popular Netflix, ‘Squid Game’ bakal kembali untuk musim kedua. Demikian disahkan penulis dan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk. Bagaimanapun jelas beliau, ia masih dalam proses perancangan dan masih terlalu awal untuk memberitahu bila dan bagaimana ia akan dibuat.

Dia turut mengesahkan bahawa watak Gi-Hun yang dibawa oleh pelakon, Lee Jung-jae akan kembali di musim kedua. Jelasnya, Gi-Hun akan kembali dan dia akan ‘lakukan sesuatu’ untuk dunia. Rancangan ‘thriller’ berbahasa Korea itu mengisahkan peserta bersaing untuk memenangi hadiah 45.6 bilion won (AS$38.5 juta).

Mula ditayangkan pada September, ia menjadi rancangan asal Netflix paling popular, menarik lebih 140 juta penonton dalam tempoh empat minggu pertama tayangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini