Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akui lega dan bangga kerana dapat menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia Ke-20. Ia akan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai 30 November hingga 4 Disember depan.

Ini adalah penganjuran kejohanan kedua oleh SRAM selepas Terbuka Malaysia yang berakhir kelmarin. Pengarah SRAM, Mejar (B) S Maniam berkata, 12 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan.

Pertandingan berpasukan itu sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19. Dalam kategori lelaki, Malaysia di undi bersama Hong Kong, Iran, Korea Selatan, Singapura dan Sri Lanka di dalam Kumpulan B.

Manakala kategori wanita, Malaysia turut diundi dalam Kumpulan B bersama India, Iran dan Filipina. Pasukan kebangsaan lelaki adalah juara tiga kali sementara pasukan wanita memegang rekod sembilan kali menjadi juara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini