Peluncur ais muda negara, C. Sree Abiraame mempamerkan persembahan memukau ketika mencatat kejayaan merangkul Trofi Tallin 2021 yang berlangsung di Estonia semalam.

Peluncur berusia sembilan tahun itu, berjaya meraih 23.49 mata untuk muncul juara dan mengetepikan tujuh peserta lain dalam acara luncur bebas kategori Cub B wanita.

Peluncur tuan rumah, Emilia Dratshenko menduduki tempat kedua dengan 23.33 mata manakala rakan senegaranya, Tatiana Izymnikova meraih tempat ketiga apabila mengumpul 21.77 mata.

Bulan lepas, Sree menduduki tempat kedua dalam kategori sama pada saingan Piala Narva juga di Estonia.

Sree yang telah memenangi lebih 50 pingat emas di pelbagai peringkat pertandingan, mengukir namanya dalam Asia Book of Records sebagai Pemenang Pingat Termuda dalam Luncur Ais Antarabangsa pada 2019. Selain itu, dia juga tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai Peluncur Termuda memenangi Kejohanan Luncur Ais ‘Skates Asia’ (Wanita) pada 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini