Sri Lanka sedang mengadakan perbincangan dengan India bagi mendapatkan bantuan baharu kredit bernilai 554 juta dolar Amerika untuk menangani kekurangan bahan api kritikal pada Jun.

Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini, telah menerima sokongan kewangan daripada India dalam bentuk pinjaman fleksibel.

Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera, mengadakan pertemuan dengan gabenor Bank Pusat Sri Lanka bagi membincangkan keperluan pertukaran asing Ceylon Petroleum Corporation dikendalikan kerajaan.

Mesyuarat itu meneroka kemungkinan menambah dan menyusun semula bantuan yang diberikan India dalam bentuk kredit untuk komoditi penting dan bahan api serta sokongan imbangan pembayaran.

Sri Lanka juga cuba mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).