Sri Lanka akan membelanjakan 1.8 bilion rupee daripada dana COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang amat diperlukan, meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan.

Presiden Gotabaya Rajapaksa telah mengarahkan pegawainya menggunakan Dana Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan.

Dana itu diperoleh hasil sumbangan penderma bagi tujuan memerangi wabak COVID-19.

Sri Lanka kini berdepan kekurangan barangan keperluan, terutamanya membabitkan bahan api, di samping kadar inflasi semakin meningkat.

Syarikat milik kerajaan, Litro Gas Lanka pada Jumaat menghentikan pembekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) sementara menunggu kargo baharu yang bakal tiba.

Sri Lanka sedang mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memperoleh bantuan pinjaman.

Rundingan itu dijangka dimuktamadkan akhir bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini