Sri Lanka mungkin terpaksa membeli lebih banyak minyak dari Rusia kerana berada dalam keadaan terdesak mencari bahan api ketika kemelut ekonomi yang semakin berlarutan.

Perdana Menteri Ranil Wicremesinghe berkata, sebelum langkah itu diambil, kerajaan pimpinan akan cuba mencari penyelesaian lain sebelum terbuka untuk menerima bekalan dari Rusia.

Wickremesinghe juga menyatakan beliau bersedia menerima lebih banyak bantuan kewangan daripada China, walaupun hutang negaranya semakin meningkat. Katanya perang di Ukraine memburukkan lagi dan kekurangan makanan yang teruk boleh berterusan sehingga 2024. Rusia juga katanya telah menawarkan gandum kepada Sri Lanka.

Sri Lanka kini berada di tengah-tengah krisis kewangan terburuk dalam tujuh dekad. Ia sangat kekurangan dolar untuk membayar import kritikal termasuk makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Hutang asingnya kini berjumlah 51 bilion dolar, tetapi terpaksa mengangguhkan pembayaran balik hampir 7 bilion yang perlu dibayar tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini