Kerajaan Sri Lanka merayu petani supaya menanam lebih banyak padi bagi menangani krisis bekalan makanan.

Menteri bertanggungjawab, Mahinda Amaraweera mengakui keadaan semasa adalah kritikal.

Kementerian Pertanian menggesa petani turun ke sawah dalam tempoh lima hingga sepuluh hari akan datang.

Ketika ini Sri Lanka telah kehabisan rizab pertukaran asing dan tidak mampu membayar kos import barangan penting termasuk bahan api, makanan dan perubatan.

Amaraweera berkata rundingan dengan India bagi membawa masuk 65,000 tan baja sedang berjalan.

Permohonan sama turut dibuat kepada tujuh negara lain.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh bekalan akan sampai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini