Ayam sejuk beku akan diimport untuk pasaran tempatan untuk memastikan harga ayam tidak melambung ke paras tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengeksportan ikan juga bakal dihentikan buat sementara waktu.

Bagi stok itu, kementerian terlibat akan mengimport antara 200 hingga 300 kontena dan dijangka diterima minggu depan.

Langkah pemberhentian eksport ikan tempatan sekaligus menstabilkan harga berikutan lambakan stok di pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini