Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi kerja baikpulih bermula hari ini

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut beliau, proses baikpulih harus dipercepatkan dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

Pihaknya memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.

Tegas beliau, isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini