Kedua-dua perlawanan terakhir bagi Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 tetap akan berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok, seperti yang dijadualkan.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John yang memaklumkan, tiada perubahan venue atau tarikh dengan kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di Stadium Nasional.

Penjelasan beliau itu susulan timbul persoalan berhubung kemungkinan berlaku pertukaran venue atau perubahan waktu perlawanan, susulan isu permukaan padang Stadium Nasional yang digenangi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lepas.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras disebut-sebut sebagai antara gelanggang alternatif.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini